Wednesday, November 4, 2020

Bukit Sapu Tangan via Backyard Trail (2)

 Bukit Sapu Tangan dari Backyard Trail (Siri -2)

Datang lagi aku untuk cuba menawan BST  ni. Tapi kali ni melalui barat Tasik Bukit Raja (Bukit Bandaraya) ke Station C dan Station B sebelum ke BST dan turun ke Tasik Cermin.

Signal GPS dari handset banyak kali terputus dan bacaan jadi kurang cantik.

Target mencari laluan landai ke BST dan ke Tasik Cermin.

Tambahan pengalaman kali ni:

- terbau badan haiwan 3 kali semasa pergi balik. Tak pasti bau dari vavi atau monyet.
- laluan landai dari Station B -Station A-BST.
- laluan landai dari Station B ke Puncak 100m.
- laluan pacak dari Alur Sungai -Station C- Station B.
- laluan pacak dari Tasik Cermin ke Station B atau ke BST.

Faktor kelajuan:
-org lama atau baru
-area menurun atau memanjat
-niat kejar masa atau tengok alam atau dll
-kumpulan solo atau ramai
-susunan CP yang betul

Foto2 yang dirakam:

Bermula dekat signboard Backyard Trail (Bukit Bandaraya, Shah Alam)

 Tasik Bukit Raja (Bukit Bandar Raya) baru mula... tapi kali ni cuba laluan barat tasik ni.

Pokok akar besar

    di Station B1

  di Station A sebelum ke BST dan Tasik Cermin.

 
Laluan ke BST 

Menara Bukit sapu Tangan

Hiking je mesti jumpa kawan baru 
Nusa Rhu pandangan dari BST (Atas)






Tasik Cermin atau Tasik Rimba Bayu (Gambar atas)


 (Atas)Trek patah balik jumpa semula Tasik Bukit Raja (Bukit Bandar Raya)....









Selesai 12.10 tengahari. 

Lebih kurang 4 jam redah trek baru sebelah barat Tasik Bukit Raja (Bukit Bandar Raya).
Ikut bacaan jadi 13km, semacam tk betul signal GPS (sebab banyak terputus-putus)
Hiking kali ni banyak dapat info laluan dan jangka masa berjalan.

Boleh ulang lagi gaissss.

Tasik Cermin via Nusa Rhu (1)

 Tasik Cermin atau Tasik Rimba Bayu di dalam hutan yang menjadi penggemar kepada geng2 hiking berhenti kerana keindahan tasik berwarna biru/hijau terkous gitu...,

Sesuai juga untuk geng2 berbasikal, kaki ironman, kayak, kaki foto, kenu, dan santai famili.

Keunikan:
Air jernih dan tenang. 
Boleh nampak ikan di tepian. 
Air tenang bagai cermin. 

Bagaimana ke sana:
1. Melalui treking hutan dari Taman Botani, Backyard Bukit Bandaraya, dan  
Eco Park Setia Alam bagi yang suka challenge yang agak keras2 sket(pecah peluh banyak kali). 

2. Paling mudah treking 30minit dari Bandar Nusa Rhu. 
Sesuai untuk famili santai2 berjalan dipinggir hutan. 

Foto2 yang diambil:












Titi Balak... ramai kaki foto ke sini.






...

Bukit Sapu Tangan via Backyard Trail (1)

Bukit Sapu Tangan via Backyard Trail, (Bukit Bandaraya) Shah Alam (siri 1)

Merasa semula hiking yang dah lama tinggal. 

BUKIT SAPU TANGAN melalui BACKYAD TRAIL (Timur Tasik Bukit Raja) Kali Pertama.

Bilangan masuk: Kali Pertama
Group: MADANI (En Muriza)
Park kereta : di hadapan Surau At Taqwa.
Mula berkumpul di Taman Bukit Bandaraya (Jalan Gunung Nuang) 
Mula masuk melalui signbord Backyard Trail.





Kami mula jejak laluan seperti peta di bawah 
untuk sasaran ke :
1. Puncak 100 meter
2. Station B1
3. Tasik Cermin

Peta dari awal hingga ke Tasik Cermin.

Cabaran trek:
Awal treking laluan ini agak mencabar kerana terus mendaki untuk ke puncak 100m pertama.

Tarikan dan keunikan serta kejutan:
1. Tasik Cermin yang cantik dan bagai cermin, air jernih boleh lihat ikan berenang-renang di tepi.
2. Ada banyak aktiviti di seperti geng basikal, kayak, renang di tasik.
3. Ada geng penjual di hentian Tasik Cermin, semacam geng sherpa yang menyediakan jualan air dan kopi panas.
4. Banyak trek sudah ditanda/label... memudahkan.

Ketinggian:
Bukit Sapu Tangan 204m dari aras laut

Jarak:
7km pergi balik.

Foto2 yang dirakamkan sepanjang hiking di Bukit Sapu Tangan via Backyard Trail. 


Mula masuk dari Backyard Trail (Bukit Bandar Raya). 
Station Puncak 100m



Station B1 baru merasa betapa barainya rasa... huhu

































....


Bukit Sapu Tangan via Backyard Trail (2)

  Bukit Sapu Tangan dari Backyard Trail (Siri -2) Datang lagi aku untuk cuba menawan BST  ni. Tapi kali ni melalui barat Tasik Bukit Raja (B...